Letupan City One: 'Saya reda dengan pemergian anak'

Keadaan sekitar pusat beli-belah Cityone selepas kejadian letupan kuat jam 3.30 petang. - Foto Bernam
Keadaan sekitar pusat beli-belah Cityone selepas kejadian letupan kuat jam 3.30 petang. - Foto Bernam
A
A
A
KUCHING - “Saya reda dengan pemergian anak, segala urusan saya serahkan kepada abangnya” kata bapa kepada Tchee Kiom Joong, 24, yang maut dalam kejadian letupan gas di premis kedai makan, City One Megamall yang berlaku pada 3.30 petang semalam.

Bapa Mangsa, Tchee Fah Hin, 66, berkata beliau terkejut namun masih bertenang ketika dimaklumkan mengenai kematian anaknya itu oleh saudara terdekat.

“Saya menerima berita kematian anak bongsu saya itu pada 5 petang setelah Ah Siang (abang mangsa) menghubungi saudara saya dan memintanya untuk menyampaikan perkhabaran itu kepada beliau.

“Tiada apa yang dapat saya luahkan ketika itu, saya kena kuat lagipun keadaan diri saya tidak berapa sihat. Saya tunggu anak saya balik, rupanya dia sudah tiada,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Fah Hin berkata kali terakhir beliau melihat anaknya itu pada sebelah pagi sebelum dia bergegas ke tempat kerja.
Artikel Berkaitan:


“Seperti kebiasaan setiap pagi saya melihat dia bersiap untuk ke tempat kerja, tiada langsung perubahan sikap, dia anak yang baik.

“Malam tadi saya turut dimaklumkan dia mati disebabkan terkena serpihan konkrit di bahagian dada, apa pun saya tunggu Ah Hin selesaikan urusan di hospital. Mayat akan dibawa ke tempat perkuburan Cina di Batu 7 dalam 3 petang ini, saya akan ke sana sebelah malam,” katanya dalam keadaan tenang. - Bernama