Singapura buka kedutaan di Israel buat pertama kali

Singapura mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan membuka kedutaannya yang pertama di Israel. - Foto AFP
Singapura mengumumkan pada Isnin bahawa ia akan membuka kedutaannya yang pertama di Israel. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMAQDIS - Singapura akan membuka kedutaan pertamanya di Israel setelah menjalinkan hubungan dengan negara Yahudi hampir enam dekad lalu, kata Kementerian Luar Israel pada Isnin.

Pengumuman itu dibuat setelah Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menyatakan negara itu juga akan membuka pejabat perwakilan di Tebing Barat yang dijajah Israel untuk meningkatkan hubungan dengan pihak berkuasa Palestin.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid yang bertemu Balakrishnan pada Isnin berkata, keputusan Singapura untuk membuka kedutaan menyoroti hubungan baik dan istimewa antara kedua-dua pihak yang terjalin pada tahun 1965.

Balakrishnan juga telah bertemu dengan beberapa pegawai Palestin di Ramallah termasuk Perdana Menterinya, Mohammed Shtayyeh.

Beliau turut membuat ciapan di Twitter bahawa pejabat di Tebing Barat bertujuan untuk menyelaraskan bantuan teknikal dan memudahkan penglibatan Singapura dengan pihak berkuasa Palestin.

Baru-baru ini, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain membuka kedutaan masing-masing di Tel Aviv yang menyebabkan penduduk Palestin marah sekali gus mendesak semua negara Arab dan Muslim untuk menghindari hubungan dengan Israel. - AFP

Artikel Berkaitan: