Geng curi kabel tumpas, tiga lelaki ditahan

Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan kabel elektrik yang dirampas susulan tangkapan tiga suspek di Kampung Sungai Manggis, Banting pada Rabu lalu.
Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan kabel elektrik yang dirampas susulan tangkapan tiga suspek di Kampung Sungai Manggis, Banting pada Rabu lalu.
A
A
A

BANTING - Kegiatan curi kabel elektrik sejak awal tahun ini berjaya ditumpaskan susulan tertangkapnya tiga lelaki di Kampung Sungai Manggis di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh itu ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 4.10 petang.

"Polis merampas dua gulung kabel warna hitam, satu gulung kabel warna hijau dan kuning, lima gulung wayar tembaga, tiga bungkusan plastik mengandungi kulit kabel dan sebuah kereta Proton Iswara.

"Susulan tumpasnya geng yang telah aktif sejak awal tahun ini, kita percaya telah menyelesaikan lima kes curi kabel di kawasan Banting dan Telok Panglima Garang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau memberitahu, suspek telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Langat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Polis pada 13 Mac lalu menerima satu laporan daripada seorang penolong pengurus sebuah kilang kertas yang memaklumkan kes curi kabel sepanjang kira-kira 40 meter bernilai RM16,000.

Artikel Berkaitan: