Bantuan I-Fitri dibayar bermula 17 April

KUALA TERENGGANU – Bayaran dana raya, Bantuan I-Fitri 2022 kepada rakyat negeri ini yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.
Menurutnya, pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM2,500 akan menerima RM400 dan dijangka melibatkan seramai 128,450 orang dengan peruntukan RM51.3 juta.
“Penerima bantuan kategori B yang memperoleh pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima sebanyak RM250. Ia melibatkan 20,250 penerima dengan kewangan sebanyak RM5 juta,” katanya di sini pada Isnin.