Touch ‘n Go eWallet, Dotlines transaksi tanpa tunai bagi pekerja asing

Touch ‘n Go eWallet
Touch ‘n Go eWallet
A
A
A

TOUCH ‘n Go eWallet bekerjasama dengan syarikat perkhidmatan teknologi Singapura, Dotlines bagi menyediakan penyelesaian kewangan tanpa tunai kepada pekerja asing di Malaysia.

Ketua Pegawai Komersial TNG Digital Sdn Bhd berkata, melalui kerjasama Touch ‘n Go eWallet bakal memanfaatkan aplikasi Sohoj dibangunkan Dotline bagi membolehkan pekerja asing melakukan pindahan tanpa tunai dengan lebih mudah dan selamat.

Katanya, ciri terbaharu yang ditawarkan kepada pekerja asing itu boleh melakukan pemindahan tambah nilai, membeli barangan dan perkhidmatan untuk diri dan keluarga di kampung.

“Dengan lonjakan permintaan untuk pembayaran tanpa tunai, kami melihat ini sebagai peluang untuk merangkumkan mereka sebagai sebahagian daripada masyarakat tanpa tunai di Malaysia.

"Kami akan memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan kepada rakan pekerja asing kami dalam beberapa bulan akan datang.

“Pada masa yang sama, kami juga akan memastikan rangkaian peniaga runcit dan tambah nilai kami untuk Touch ‘n Go eWallet akan turut meliputi segmen pengguna daripada pekerja asing,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ciri terdapat dalam aplikasi Sohoj yang dilancarkan pada 2016 akan tersedia pada platform Touch ‘n Go eWallet.

Melalui perkhidmatan tersebut, pengguna hanya perlu membeli pek internet atau waktu siaran dan menghantarnya kepada keluarga dan rakan mereka di rumah dengan memasukkan nombor telefon penerima

Artikel Berkaitan:

Perkhidmatan berkenaan tersedia di negara seperti Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal, India, Pakistan, Filipina dan Vietnam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial dan Ketua SEA Dotlines, Tareq Udden berkata, aplikasi Sohoj telah membantu jutaan pekerjaan kolar biru daripada Bangladesh, Nepal dan Indonesia menikmati kehidupan dan perhubungan digital lebih baik bersama keluarga di kampung.

“Kami telah membina rangkaian sebanyak 12,000 titik sentuh di seluruh Malaysia untuk memudahkan kehidupan pekerja asing.

“Touch ‘n Go merupakan jenama berimpak tinggi di Malaysia dan kehidupan pekerja asing akan menjadi lebih dengan adanya kerjasama ini,” ujarnya.