Onn Hafiz diharap bawa perubahan dan pembangunan

Onn Hafiz ( tengah) beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada Majlis Santai bersama Menteri Besar di Gerai Daerah Simpang Rengaam di sini pada Ahad.
Onn Hafiz ( tengah) beramah mesra dengan penduduk yang hadir pada Majlis Santai bersama Menteri Besar di Gerai Daerah Simpang Rengaam di sini pada Ahad.
A
A
A

KLUANG - Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor akan membolehkan lebih banyak agenda pembangunan khususnya kepada belia dilaksanakan di daerah Kluang.

Pegawai Daerah Kluang, Jamaludin A Hamid berkata, antara agenda pembangunan yang telah dirancang dan ialah pembinaan pusat aktiviti Tengku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan bandar 'truck' di di sini.

"Sejak Onn Hafiz menjadi Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, beliau selalu turun padang dan kerap mengadakan mesyuarat teknikal. Perbincangan dengan Pejabat Daerah tetap diteruskan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.

" Segala pembangunan yang dirancang akan dipastikan pelaksanaannya termasuk TMYIC dan bandar 'truck'. TMIYC akan menjadi mercu tanda baharu kepada kira-kira 102,000 golongan belia di daerah ini. Bukan sahaja sebagai tempat aktiviti sukan tetapi juga lokasi bagi usahawan belia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Santai Bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Gerai Majlis Daerah Simpang Renggam di sini pada Ahad.

Jamaludin memberitahu, TMIYC akan dibangunkan di Renggam dengan kos sebanyak RM17.8 juta dibiayai kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) manakala bandar 'truck' pula bakal dibina di Machap.

"TMIYC dijangka siap tiga atau empat tahun lagi. Buat masa sekarang, lantikan kontraktor dan perunding sedang dilakukan. Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan merasmikan TMIYC terbabit.

Artikel Berkaitan:

Jamaludin
Jamaludin

"Manakala bandar "truck" seluas kira-kira 80 hektar melibatkan pembangunan komersial bagi lokasi tempat letak kenderaan 'truck' berdekatan dengan lebuh raya sekaligus memudahkan perjalanan untuk ke Johor Bahru atau Singapura," katanya.

Sementara itu, penduduk yang ditemui berharap agar Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga ADUN Machap akan membawa pembaharuan dari segi ekonomi dan pembangunan belia.

Pelajar, Nur Aina Ibrahim, 19 berkata perancangan membina TMIYC di Renggam cukup baik kepada golongan belia khususnya di Kluang.

"TMIYC akan menjadi platform kepada belia dalam bidang sukan dan keusahawanan. Ia juga akan menjadi kemudahan baharu kepada belia dan seterusnya menjadi tarikan pelancongan," katanya.

Pekerja swasta, Abd Azim Abd Latif, 36 berharap lebih banyak aktiviti perniagaan seperti bazar dan pasar malam diadakan bagi merancakkan semula ekonomi di kawasan Machap.

"Machap mempunyai potensi dari segi ekonomi kerana kedudukannya berdekatan laluan lebuh raya Utara- Selatan.

"Elok sekiranya diadakan aktiviti perniagaan seperti pasar malam bagi memberi peluang ekonomi kepada penduduk khususnya golongan belia di sini," katanya.

Peniaga Nor Ain Ibrahim 34 pula mencadangkan agar diadakan karnival atau mini karnival melibatkan pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

"Jika diadakan karnival usahawan, belia dan sebagainya, pasti banyak maklumat baharu akan diperoleh dan penduduk juga boleh berniaga sewaktu karnival diadakan. Penduduk juga mengharapkan agar lebih banyak pembangunan dirancang di Machap oleh Menteri Besar kami," katanya.