'Sampai tua hisap dadah'

AADK menyoal siasata penagih yang ditahan
AADK menyoal siasata penagih yang ditahan
A
A
A

YAN - Usianya yang mencecah 60 tahun tidak menghalang seorang lelaki daripada terus terjerumus dengan penagihan dadah malah menjadikan rumahnya sebagai port melepaskan gian.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan, Muhamad Ramli berkata, pihaknya telah menyerbu kediaman lelaki berkenaan yang terletak di Kampung Sungai Limau Dalam.

Muhamad berkata, warga emas berkenaan mula melibatkan diri dengan dadah sejak 30 tahun yang lalu.

"Dia yang mempunyai tujuh orang anak merupakan lelaki berstatus duda dan pernah ketagihan heroin namun beralih kepada dadah jenis syabu," katanya.

Menurut Muhamad, lelaki berkenaan bekerja sebagai buruh dan membelanjakan keseluruhan gaji yang diterima untuk tujuan menagih.

Semua penagih yang ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk soal siasat
Semua penagih yang ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk soal siasat

Dalam perkembangan sama, operasi yang melibatkan sembilan orang anggota itu turut menyasarkan lokasi lain seperti Kampung Keda Sungai Udang; Kampung Perupuk; Kampung Kuala Dulang; Kampung Sungai Limau Dalam; Kampung Kabu 10 dan Kampung Ban 7A.

"Dalam operasi ini seramai enam individu yang disyaki terlibat dengan dadah telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua mereka yang berusia 20 hingga 60 tahun itu positif dadah jenis opiat dan methamphetamine," katanya.

Tambah Muhamad mereka akan disiasat bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.