DNB: MOF akan mulakan rundingan, penawaran

Annuar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar tingkatan enam dari Parlimen Ketereh sempena program 'Back To School' di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Kota Bharu, pada Ahad.
Annuar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar tingkatan enam dari Parlimen Ketereh sempena program 'Back To School' di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Kota Bharu, pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) akan memulakan siri rundingan dan penawaran kepada semua syarikat telekomunikasi yang berminat untuk menjadi pemegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, proses rundingan itu dijangka selesai sepenuhnya pada Jun ini.

"Kementerian Kewangan akan berurusan mengenai tawaran tersebut dengan semua syarikat yang mempunyai pengalaman menguruskan spektrum.

"Difahamkan, ada tujuh atau sembilan syarikat yang pernah diberikan spektrum untuk menguruskan perkhidmatan telekomunikasi ini. Jadi mereka ditawarkan untuk mula berunding dan mengambil saham pada harga yang diputuskan, dan kita harap mereka dapat menyegerakan rundingan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar tingkatan enam dari Parlimen Ketereh sempena Program 'Back To School', di sini pada Ahad.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang untuk syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam DNB.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih.

Artikel Berkaitan: