Penyokong Trump, pengganas bom dihadapkan ke mahkamah

Cesar Sayoc ditahan pada Oktober tahun lalu selepas didapati mengirim sekurang-kurangnya 16 peranti bahan letupan kepada pengkritik Donald Trump.
Cesar Sayoc ditahan pada Oktober tahun lalu selepas didapati mengirim sekurang-kurangnya 16 peranti bahan letupan kepada pengkritik Donald Trump.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Penyokong tegar pemimpin Republikan, Presiden Donald Trump yang mengirim sekurang-kurangnya 16 peranti bahan letupan kepada pemimpin kanan Demokratik, bekas pegawai tinggi kerajaan dan beberapa lagi individu ternama pada Oktober lalu bakal dihadapkan di mahkamah hari ini.

Secar Sayoc dijangka membuat pengakuan bersalah terhadap salah satu daripada 30 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Sayoc, 57, ditahan di Florida selepas usaha memburunya dijalankan dalam skala besar.

Insiden itu berlaku, kurang dua minggu sebelum pilihan raya penggal pertengahan AS, ketika politik negara AS berpecah belah.

Ahli berdaftar Republikan yang mempunyai rekod jenayah serta pernah bekerja sebagai penari bogel itu mungkin berdepan hukuman sehingga 48 tahun penjara atau lebih.

Sayoc pernah beberapa kali ditahan sebelum ini, termasuk di Miami-Dade County pada 2002 kerana melakukan ancaman bom terhadap sebuah syarikat tenaga, menurut rekod mahkamah.

Dia juga pernah ditangkap kerana mencuri dan keganasan rumah tangga.

Kecenderungan politik Sayoc dikongsi secara terang-terangan di laman Facebook dan akaun Twitter selain van putih miliknya yang dipenuhi pelekat pro-Trump dan pelekat anti-Demokrat. - AFP

Artikel Berkaitan: