X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Lebih 34 peratus kanak-kanak di Malaysia terima vaksin Covid-19

Sebanyak 1,239,194 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat Sabtu. - Gambar hiasan/Foto 123rf
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,239,194 individu atau 34.9 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Sabtu.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,842,480 individu atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,941,159 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,446,895 individu atau 65.7 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak dan seramai 22,941,756 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,217,449 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 40,418 dos vaksin telah diberikan pada Sabtu melibatkan 18,273 suntikan pertama, 1,709 suntikan lengkap dan 20,436 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,418,688 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 85 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Sabtu dengan Johor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 18 kes diikuti 17 kes di Perak, Selangor (15), Kedah (10) dan Pulau Pinang (lima).

Pahang dan Melaka masing-masing empat kes, Kuala Lumpur dan Kelantan masing-masing tiga kes, dua kes masing-masing di Sabah dan Sarawak manakala satu kes di Terengganu dan Putrajaya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!