Pesawat tentera terhempas, empat terkorban

Foto fail AFP
Foto fail AFP
A
A
A

OSLO - Sebuah pesawat tentera terhempas di utara Norway mengakibatkan kesemua empat anggota tentera Amerika Syarikat terkorban.

Tentera Norway dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kejadian berlaku ketika latihan kententeraan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diadakan pada Jumaat.

Pesawat V-22B Osprey milik Pasukan Marin Amerika Syarikat menyertai latihan 'Cold Response', latihan kententeraan yang diadakan dalam keadaan cuaca sejuk.

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian melalui jalan darat selepas helikopter mereka tidak dapat mendarat akibat keadaan cuaca buruk termasuk angin kencang dan hujan lebat.

"Pasukan polis tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan.

"Duka cita dimaklumkan kesemua empat penumpang dalam pesawat berkenaan terkorban," kata ketua operasi polis Nordland, Ivar Bo Nilsson dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan susulan, tentera Norway mengesahkan kesemua yang terkorban merupakan anggota tentera Amerika Syarikat.

Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Artikel Berkaitan:

Kira-kira 30,000 anggota tentera daripada 27 negara sertai latihan kententeraan 'Cold Response' dan ia akan diteruskan, kata tentera Norway. - Awani