PAU 2021: Pengumuman PM legakan rakyat

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 dilihat lebih realistik kepada rakyat ketika berhadapan krisis kesihatan dan ekonomi.

Pengumuman tersebut dianggap bakal membantu meringankan beban rakyat untuk meneruskan kehidupan selepas mengalami bencana banjir, pemulihan ekonomi dan Covid-19.

Pada Sabtu, Ismail Sabri telah mengumumkan enam perkara utama yang diputuskan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Ogos tahun lalu.

Naib Presiden UMNO itu berkata, semua perkara yang diputuskan Mesyuarat MKT UMNO telah laksanakannya dengan dukungan rakan-rakan kabinet UMNO.

Menurutnya, perkara pertama adalah mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti sebagai mana titah saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu.

Dalam pada itu, Sebanyak RM32 bilion akan dilaburkan bagi membangunkan Automotive High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.

Ismail berkata, pelaburan baharu daripada DRB-Hicom berkenaan bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan serta 161,000 sepanjang fasa operasi dan kerajaan juga memperkenalkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion.

Pada masa sama, kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Unit Kemiskinan khusus telah ditubuhkan di Unit Perancang Ekonomi (EPU) di negeri dan daerah di seluruh negara menerusi agenda basmi kemiskinan.

Selain itu, kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan mulai 1 Mei ini di seluruh negara.