'Pangkat Irwan Serigar ditentukan Majlis Angkatan Tentera'

Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan merujuk kepada Majlis Angkatan Tentera berhubung pangkat bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Mejar Jeneral Kehormat Askar Wataniah.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata terpulang kepada badan berkenaan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

"Saya tak sedar beliau (Mohd Irwan) diberikan gelaran kehormat ini dan pihak kementerian akan rujuk kepada Majlis Angkatan Tentera untuk membuat keputusan untuk semua gelaran atau pangkat yang diberikan," katanya menjawab soalan tambahan Senator Alan Ling Sie Kiong pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Alan Ling bertanya sama ada kementerian sedar mengenai pangkat kehormat yang dianugerahkan kepada Mohd Irwan yang kini berdepan pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan.

Dilaporkan Mohd Irwan menerima pangkat itu pada 26 Oktober 2016 dalam majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan.- Bernama
Artikel Berkaitan: