'Saiz perkhidmatan awam tidak begitu besar'

Azih Muda
Azih Muda
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda menganggap saiz perkhidmatan awam di Malaysia tidaklah begitu besar.

Menurutnya, jumlah penjawat awam di negara luar dilihat tidak begitu tinggi kerana ada yang tidak memasukkan profesion polis, guru malah pensyarah sebagai penjawat awam namun ia berbeza di Malaysia.

“Di Malaysia, tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan saja jumlahnya 1.1 juta orang berbanding jumlah 1.61 juta penjawat awam di seluruh negara. Negara luar tidak masukkan profesion ini tetapi negara kita rangkumkan semua.

“Kalau nak kata ramai, dalam konteks apa? Kalau kami berjumpa pekerja di bawah, mereka kata jumlah penjawat awam tidak cukup.

“Bila jumpa orang atasan, mereka kata jumlah penjawat awam sudah melebihi. Jadi, mana yang tidak cukup dan mana yang lebih?” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dama Wacana Sinar Siri Ke-96 bertajuk ‘Penjawat Awam Terlalu Ramai?’ di Dewan Karangkraf, di sini, petang tadi.

Wacana Sinar siri Ke-96 yang berlangsung di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian
Wacana Sinar siri Ke-96 yang berlangsung di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian

Artikel Berkaitan: