146 individu dikompaun di pusat hiburan tak berlesen

146 individu dikompaun dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
146 individu dikompaun dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 146 pengunjung termasuk pekerja di pusat hiburan dikompaun membabitkan nilai keseluruhan RM146,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas sebuah premis di Cheras pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, dalam serbuan sekitar jam 11.45 malam itu, polis menahan tiga individu termasuk dua wanita warga asing kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen sah.

Beliau memberitahu, mereka juga menggaji pekerja asing tanpa permit dan menjual minuman keras tanpa lesen.

"Beberapa barangan dirampas termasuk beberapa botol minuman keras pelbagai jenama," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau menegaskan, operasi penguatkuasaan akan dipertingkatkan bagi memastikan SOP PPN sentiasa dipatuhi terutama di pusat hiburan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau balai polis berdekatan.

Artikel Berkaitan: