Cium tangan PM, ini penjelasan MP UMNO

- Foto TTKM
- Foto TTKM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menjelaskan tindakan beliau bertindak mencium tangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir (PH-Langkawi) di lobi Parlimen semalam, adalah berdasarkan prinsip hormat-menghormati selaras dengan Prinsip Rukun Negara.

Katanya, selain itu, tindakannya juga sebagai salah satu cara beliau menzahirkan terima kasih kepada Dr Mahathir yang memberi keutamaan kepada soalan beliau dalam sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini saya seronok , Yang berhormat Jelutong tanya anak-anak kita di belakang ini kita ada Rukun Negara , iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, Yang Berhormat baca, ini wajib sebagai paksi membina negara atas Rukun Negara.

"Pejabat Speaker beri surat kepada saya nyatakan bahawa (saya ada surat) ingin menjawab soalan saya yang dijadualkan pada 21 Mac tapi disegerakan jadi soalan nombor 1 (semalam), soalan itu telah disegerakan dan mustahak iaitu isu ECRL ini melibatkan Kelantan Terengganu dan Pahang bila disegerakan, rekod Speaker pun menunjukkan tidak pernah ketua pembangkang dapat soalan nombor satu," katanya ketika membahasakan usul junjung kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan apa maksud tindakan Ismail yang menunjukkan beliau mencium tangan Dr Mahathir semalam.

Semalam ketika Dr Mahathir baru mula hendak mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Ismail secara tiba-tiba muncul meminta maaf dengan mencium tangan Tun Dr Mahathir.

Artikel Berkaitan: