Mozambique isytihar darurat

Penduduk di daerah Beira terjejas akibat taufab Idai yang membadai Mozambique sejak Khamis lalu.
Penduduk di daerah Beira terjejas akibat taufab Idai yang membadai Mozambique sejak Khamis lalu.
A
A
A

MAPUTO - MOZAMBIQUE . Kerajaan Mozambique yang baharu pulih daripada masalah kejatuhan mata wang dan hutang negara, sudah mengisytiharkan perintah darurat selepas berdepan kejadian banjir akibat taufan Idai yang meragut 200 nyawa setakat ini.

Presiden Filipe Nyusi mengumumkan tempoh berkabung selama tiga mulai semalam, ketika jumlah kematian akibat taufan dan banjir diramal mencecah melebihi 1,000 orang.

Taufan Idai melanda Beira pada kelajuan 170 kilometer sejam pada Khamis lalu, sebelum menyerang Zimbabwe dan Malawi mengakibatkan banyak bangunan musnah, selain menjejaskan kehidupan jutaan penduduk. - Reuters

Artikel Berkaitan: