Liga Europa: Cabaran getir menanti Barcelona, West Ham

Penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) penjaring gol kemenangan Barca ketika berdepan Galatasaray di pusingan 16 terbaik Liga Europa di Istanbul. FOTO: AFP
Penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang (kiri) penjaring gol kemenangan Barca ketika berdepan Galatasaray di pusingan 16 terbaik Liga Europa di Istanbul. FOTO: AFP
A
A
A

GERGASI La Liga Barcelona kendalian Xavier Hernández dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United pimpinan David Moyes dijangka berdepan laluan getir di fasa suku akhir Liga Europa selepas undian pada Jumaat.

Anak buah Xavi akan memulakan kempen lapan terbaik dengan berkunjung ke Deutsche Bank Park berdepan kelab Bundesliga Jerman, Eintracht Frankfurt kendalian Oliver Glasner pada 8 April sebelum The Catalan melakukan kunjungan balas di Camp Nou, 15 April.

Sementara itu, The Hammers pimpinan Moyes pula akan melayan kunjungan Lyon di Stadium London pada 8 April sebelum bertandang ke Stadium Groupama menentang anak buah Ligue 1 Perancis kendalian Peter Bosz, 15 April.

Gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers pula akan berdepan Braga asuhan Carlos Carvalhal di Stadium Perbandaran Braga pada 8 April sebelum kelab kendalian Giovanni van Bronckhorst itu menerima kunjungan kelab Portugal tersebut di Stadium Ibrox pada 15 April.

Satu lagi gergasi Bundesliga, RB Leipzig seliaan Domenico Tedesco akan menerima kunjungan Atalanta di Red Bull Arena pada 7 April sebelum Stadium Gewiss laman keramat kelab Serie A pimpinan Gian Piero Gasperini menunggu untuk aksi timbal balik kedua 15 April.

Untuk rekod, perlawanan akhir kejuaraan kelab Eropah tahap dua ini akan berlangsung di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, Sepanyol pada 18 Mei depan.

LIGA EUROPA

PENTAS LAPAN TERBAIK

Artikel Berkaitan:

Eintracht Frankfurt lwn Barcelona

West Ham United lwn Lyon

Braga lwn Rangers

RB Leipzig lwn Atalanta

PENTAS EMPAT TERBAIK

RB Leipzig atau Atalanta lwn Braga atau Rangers

West Ham atau Lyon lwn Eintracht Frankfurt atau Barcelona