'PM jaga negara elok-elok, saya dan Tok Mat jaga parti'

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat. - Foto Bernama
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mengulangi tekad untuk mendukung kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membina semula negara yang lebih baik selepas melalui pelbagai cabaran politik dan ekonomi sebelum ini.

Malah, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, kekuatan kerajaan dan parti perlu seiring dalam mewujudkan kestabilan yang berkekalan.

“Kini wakil kita (UMNO) menjadi teraju kerajaan. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri, jagalah kerajaan elok-elok, kita bagi dukungan kepada Yang Amat Berhormat.

“Insya-ALLAH, saya dan Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan) dan rakan-rakan lain, kita akan jaga parti.

“Kami akan perkuatkan parti dan Yang Amat Berhormat kuatkan kerajaan (kerana) kita harus seiring (dan) sejalan,” katanya ketika pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTC KL di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, ahli UMNO dalam masa sama turut dingatkan agar kembang mengenang episod duka kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Menoleh ke belakang hampir empat tahun yang lalu, kita telah melalui beberapa episod gelombang politik. Kekalahan pada PRU-14 menjadi satu hentaman kuat yang menggegarkan UMNO.

“Di sebalik keperitan menerima hakikat hilangnya keyakinan rakyat kepada kita pada ketika itu, tindakan segelintir daripada kita mengkhianati amanah rakyat, dengan menjadi juara lompat jauh menambahkan lagi parahnya luka yang dialami,” katanya.

Artikel Berkaitan: