Showcase amal meraikan wanita

Mengangkat tema Dunia Tanpa Wanita
Mengangkat tema Dunia Tanpa Wanita
A
A
A

BERSEMPENA Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan pada 8 Mac setiap tahun, Mingguan Wanita dengan didokong oleh Nona, Hijabista dan Pa & Ma mengambil inisiatif untuk mengembalikan keriangan, keceriaan kepada kaum wanita.

Oleh yang demikian, satu showcase amal yang dinamakan 'Showcase Amal Raikan Wanita' buah tangan dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd akan diadakan khas untuk meraikan wanita dari pelbagai bidang.

"Dengan tema ‘Dunia Tanpa Wanita’, showcase amal ini didedikasikan khas untuk insan-insan teristimewa di sekeliling anda.

“Kita bersama raikan sumbangan, peranan, jasa dan budi wanita. Ia pastinya suatu yang sangat bererti buat semua wanita," ujar Penerbit Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Farah Hussamuddin.

Showcase Amal Raikan Wanita ini akan berlangsung pada 30 Mac 2019 di Sime Darby Convection Centre bermula jam 2 petang hingga 5.30 petang.

“Showcase ini mengajak anda untuk berhibur sambil beramal. Duduk dan nikmati lawak jenaka daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air seperti Harith Iskandar, Mark Adam, Zero dan Elly Mazlein yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi.

"Anda juga bakal dihiburkan oleh penyanyi tersohor bersuara lunak, Dayang Nurfaizah yang pasti membekas di jiwa. Tidak dilupakan Nabil Ahmad sebagai pengacara yang akan membuatkan momen anda bersama kami suatu yang sukar dilupakan.

“Apa yang kami harapkan ialah, showcase ini dapat sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang ramai wanita alami. Bergelak ketawalah sambil menikmati minum petang yang disajikan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terbuka kepada semua melalui penjualan tiket. Tiket-tiket boleh dibeli secara individu mahupun berkumpulan.

Dengan tiga pakej yang ditawarkan iaitu Platinum, Gold dan Silver. Sebahagian hasil jualan meja ini akan disalurkan ke dua rumah kebajikan iaitu Rumah Kita dan Raudatul Sakinah.

Untuk mendapatkan tiket ini, layari www.mingguanwanita.my/duniatanpawanita atau melalui platform ticket2u di http://bit.ly/showcaseAmal. Selain itu, tiket ini juga boleh dibeli secara terus melalui aplikasi Whatapps di talian 019 – 675 3057.