Sila log masuk terlebih dahulu.

Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor pantau projek jalan raya

Amirudin (tengah) melancarkan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor sambil diperhatikan oleh Izham (kiri) dan Mohamad Zahri.
Amirudin (tengah) melancarkan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor sambil diperhatikan oleh Izham (kiri) dan Mohamad Zahri.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem pemantauan dan pengurusan jalan raya yang mengintegrasi penggunaan teknologi baharu akan dikembangkan ke seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif memperluaskan Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor dibangunkan SELGEM Sdn Bhd melalui tenaga pakar tempatan bermula awal tahun lalu itu bagi memastikan keseragaman data berpusat.

Menurut Amirudin, langkah berkenaan juga membolehkan penyelenggaraan aset dan jalan raya di setiap daerah di negeri tersebut dapat untuk diselaraskan seiring dengan visi Selangor sebagai negeri pintar menjelang 2025.

“Kita lihat perjalanannya, mungkin pertengahan tahun ini kita akan mula menggabungkan sistem ini dengan semua PBT, namun buat masa ini ia masih lagi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor,” katanya.

Amirudin (tengah) dan Mohamad Zahri (kanan) sedang mendengar penerangan daripada Izham (kiri) mengenai Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor.
Amirudin (tengah) dan Mohamad Zahri (kanan) sedang mendengar penerangan daripada Izham (kiri) mengenai Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor.

Amirudin ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim dan Pengerusi SELGEM Sdn. Bhd. Mohamad Zahri Samingon.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, sistem ini telah pun digunakan secara aktif oleh Infrasel Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan jalan bagi projek Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri di Selangor Darul Ehsan di bawah seliaan JKR Selangor.

Amirudin
Amirudin

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, keunikan sistem itu menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), sistem pengesanan dan julat cahaya (LiDAR), drone pintar dan kamera 360 merangkumi proses pengecaman kerosakan jalan secara automatik.

Beliau turut memaklumkan, pengguna juga boleh menyalur maklumat kerosakan aset dan jalan raya secara terus melalui aplikasi media sosial serta pelaporan jalan berlubang sebelum ini.

“Sistem ini sangat berkesan, sebab itu kita minta ia digabungkan dengan IRS yang mana sebelum ini memberi peluang pelaporan kepada awam dalam sistem Waze.

“Jadi dalam sistem yang dilancarkan ini kita boleh kembangkan kepada media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram atau mungkin Tiktok pada masa hadapan menggunakan tanda pagar yang akan dikenal pasti,” katanya.

Mohamad Zahri
Mohamad Zahri

Sementara itu, Mohamad Zahri ketika berucap pula berkata, rakyat Selangor semua maklum bahawa agenda besar kerajaan negeri adalah untuk melonjakkan kedudukan Selangor sebagai peneraju dalam pembangunan ICT di rantau ini.

Beliau menjelaskan, salah satu inisiatif penting di bawah Smart Selangor ialah pelaksanaan beberapa aplikasi dan inovasi digital.

“Keseluruhan konsep pembangunan aplikasi digital ini adalah sesuatu yang dalam melaksanakan projek-projek berkenaan.

“Dengan itu, pendekatan kita ialah untuk melibatkan banyak pihak yang pakar bukan sahaja untuk mencadangkan konsep tetapi juga dalam melaksanakan projek-projek berkenaan.

“Cara ini membuka peluang untuk berkongsi kepakaran dan juga membentuk semangat kerjasama melalui perkongsian pintar antara sektor awam dengan konsortium yang terlibat, selaras dengan konsep Smart Selangor,” katanya.

Amirudin (tengah) menerima cenderahati daripada Mohamad Zahri selepas pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor.
Amirudin (tengah) menerima cenderahati daripada Mohamad Zahri selepas pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor.

Beliau berkata, peranan teknologi digital ini begitu terserlah lebih-lebih lagi semenjak isu Covid-19 melanda negara pada 2020 di mana penguasan teknologi digital merupakan kunci kepada negeri mengatasi kebatasan produktiviti, sekali gus menaiktaraf ekonomi negeri Selangor.

Menurutnya, SELGEM merupakan syarikat berasaskan digital, secara umumnya Inisiatif digital SELGEM berhasrat untuk memperkasakan rakyat dan negeri dalam semua aspek kehidupan selaras dengan visi Smart Selangor 2025.

“Dengan menggunakan kemahiran anak-anak Selangor, SELGEM telah mengeluarkan pelbagai perisian yang dapat membantu syarikat dan negeri secara amnya dalam tadbir urus semasa.

“Contohnya seperti perisian bencana yang telah diguna pakai oleh sesetengah PBT ketika bencana banjir menimpa Selangor baru-baru ini,” katanya.

Katanya lagi, dengan menggabungkan teknologi drone dan juga ‘complex analysis’ ia dapat membantu pihak-pihak terbabit dalam membuat keputusan.

Hadirin mendengar ucapan Amirudin pada pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor yang diadakan di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini pada Rabu.
Hadirin mendengar ucapan Amirudin pada pelancaran Sistem Pengurusan Aset Jalan Pintar Selangor yang diadakan di Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini pada Rabu.

“Seiring dengan Smart Selangor 2025 juga, SELGEM telah membina perisian pemantauan jalan yang sedang digunapakai oleh JKR Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata, sistem ini juga jelas membuktikan kemudahan penggunaan perisian beserta kecerdasan buatan atau AI telah membantu memendekkan tempoh pengesanan kerosakan serta tempoh pembaikan perlu dijalankan.

“Tidak ketinggalan juga, sistem ini memberi ruang kepada rakyat Selangor untuk membuat aduan berkenaan kerosakan jalan.

“Dengan menggunakan ‘hashtag-hashtag’, lokasi kejadian, nama jalan dan segala pelaporan di laman sosial seperti Twitter dan Facebook dapat dicerap secara automatik.

“Justeru ia menambahkan lagi efisyen pemantauan jalan di negeri Selangor ini,” katanya.

Tambahnya, ia juga diharapkan dengan adanya sistem pemantauan bersepadu ini, satu dataraya atau bigdata dapat diterjemahkan untuk menyelesaikan isu-isu sering dibangkitkan seperti kelewatan dalam pelaksanaan projek atau masalah ‘shortfall’ dalam perbelanjaan pembangunan dapat ditangani lebih berkesan.