Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron ke atas Arab Saudi

Kementerian Luar pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda di Arab Saudi baru-baru ini.
Kementerian Luar pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda di Arab Saudi baru-baru ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron oleh Houthi yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam, termasuk ke atas lapangan terbang dan kilang penapisan minyak di Arab Saudi, baru-baru ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta benda.

"Malaysia menolak semua bentuk keganasan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk memperhebat usaha menamatkan permusuhan yang boleh menjejaskan keamanan serta kestabilan di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Malaysia mengulangi sokongannya untuk penyelesaian konflik di Yaman secara inklusif serta aman menerusi dialog dan rundingan.

Selain itu, Malaysia turut menyokong usaha Utusan Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman yang bertujuan mencari penyelesaian secara damai dan aman bagi konflik di Yaman.

Media antarabangsa melaporkan, serangan dron oleh puak Houthi di Yaman yang menyasarkan lapangan terbang Raja Abdullah di sempadan bandar Jazan, Arab Saudi pada akhir Februari telah mencederakan 16 orang.

Sementara itu, pada 10 Feb, dilaporkan 12 orang awam cedera dalam serangan yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha, Arab Saudi. - Bernama

Artikel Berkaitan: