Padah buat laporan palsu, 86 individu didenda

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 86 individu telah dituduh bersabit laporan palsu bagi tahun 2021 mengenai kejadian jenayah di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepanjang tahun 2021, polis berjaya melaksanakan pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan terhadap 86 individu berumur antara 15 hingga 57 tahun.

Katanya, laporan palsu berkenaan melibatkan samun, rogol, cabul, ragut, pemerasan jenayah dan ugutan jenayah.

"Daripada jumlah 86 individu tersebut, 50 kes melibatkan laporan palsu mengenai kejadian samun, 15 kes melibatkan ragut, 13 kes kecurian harta benda, dua kes cabul, dua kes rogol, dua melibatkan kes pemerasan jenayah dan dua kes melibatkan ugutan jenayah.

"Sebanyak 66 kes telah selesai dengan sabitan dan dihukum denda minimum RM500 sehingga RM2,500 manakala 20 kes masih dalam perbicaraan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tegasnya, polis sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak membuat laporan palsu.

"Polis tidak akan bertoleransi kepada mana-mana pihak membuat laporan palsu mengenai kejadian jenayah di daerah ini.

"Jangan membuat laporan palsu semata-mata kepentingan peribadi," katanya.

Artikel Berkaitan: