Puteri UMNO cabar Bersatu, Pas lawan UMNO-BN pada PRU15

Zahida ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.
Zahida ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mencabar gandingan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas melawan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kata Zahida, pilihan raya adalah jalan terbaik untuk melihat parti mana yang menjadi pilihan rakyat.

“Kalau Bersatu dan Pas merasa merekalah yang benar, bertandinglah lagi melawan kita dalam PRU15.

“Kalau mereka merasa merekalah yang paling suci, bersih dan kita semua kotor, serahkanlah kepada rakyat untuk menentukan mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Zahida berkata, rakyat sememangnya sudah bosan dengan mainan politik dan tidak pernah lupa dengan janji yang ditawarkan parti yang memenangi PRU14 lalu.

“Rakyat tidak pernah lupa tentang kepalsuan mereka memenuhi janji-janji sewaktu PRU14. Orang Johor tidak pernah lupa janji tidak ada tol di Simpang Renggam.

“Justeru, tukarlah apa sahaja baju ataupun warna sekalipun, rakyat akan tetap ingat ia sebagai penipu besar,” dakwa Zahida.

Artikel Berkaitan: