Emery gembira Villareal ke suku akhir Liga Juara-Juara

Pemain Villareal meraikan kejayaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. - Foto Getty Images
Pemain Villareal meraikan kejayaan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara. - Foto Getty Images
A
A
A

KEJAYAAN mara ke suku akhir Liga Juara-Juara nyata menggembirakan pengendali Villareal, Unai Emery yang mengharapkan kemaraan skuad kendaliannya itu mampu melangkah lebih jauh selepas ini.

Menurut Emery, biarpun berdepan tentangan hebat daripada gergasii Serie A itu, namun semangat serta keazaman membara dipamerkan skuad Yellow Submarine itu menyaksikan mereka berjaya menumpaskan Juventus.

“Saya akui, perlawanan ini dipenuhi kesukaran namun penjaga gol kami bertindak cemerlang bagi menangkis setiap percubaan Juventus.

“Selain itu benteng pertahanan pasukan juga telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik selain turut sama membantu jentera serangan menerusi lorongan menarik.

“Kini, kami di suku akhir setelah menewaskan salah satu pasukan pilihan kali ini; oleh itu, detik ini menjadi detik yang istimewa dan kami mahu meraikannya buat seketika,” katanya.

Setelah terikat 1-1 di pada aksi kalah mati pertama di Estadio de la Ceramica 23 Februari lalu, Villareal dilihat beraksi cemerlang pada suku akhir kedua di Turin bagi meledak tiga gol menerusi Gerard Moreno yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78, Paul Torres (min-85) dan Arnaut Danjuma meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

Sementara itu Emery juga berbangga kerana berjaya membawa Villareal ke suku akhir Liga Juara-Juara setelah kali terakhir melakukannya 13 tahun lalu.

Malah katanya, kali ini diharapkan Villareal mampu melepasi peringkat suku akhir dan beraksi dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Dalam tempoh 13 tahun, kami sekali lagi berjaya ke suku akhir. Diharapkan, kali ini kami pemain dapat terus beraksi cemerlang untuk ke peringkat seterusnya.

“Saya tahu ketika ini semangat pemain begitu memuncak setelah menewaskan Juventus...lagi pun pemain sedar untuk mencapai kejayaan mereka juga perlu terus bekerja keras,” katanya.