Alasan pelik putus hubungan dengan pasangan

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

MAAF ya, saya terpaksa putuskan hubungan kita kerana ibu saya tidak restu.” Ungkapan stereotaip ini semakin terbiasa dalam masyarakat kita terutamanya pasangan kekasih yang ingin meleraikan ikatan kasih sayang terjalin bertahun lamanya.

Mengikut pemerhatian Merak Jalanan, selalunya individu menggunakan ungkapan ini kepada pasangannya yang telah berkawan lebih tiga tahun.

Berdasarkan pengalaman kawan-kawan Merak Jalanan, jarang sekali pasangan yang setahun jagung hubungan mereka menggunakan alasan ini. Tidak pasti ia suratan ataupun kebetulan.

Adakah benar si ibu menghalang, jika benar mengapa perhubungan terlarang itu boleh berlanjutan sehingga bertahun-tahun?

Lebih melukakan, sudahlah si ibu tidak restu, malahan si ibu turut paksa berkahwin dengan pilihannya. Pelik bukan?

Selain itu, ungkapan 'Awak terlalu baik untuk saya' juga boleh dikategorikan alasan pelik untuk memutuskan hubungan cinta. Logiknya, adakah orang yang mahu pasangannya orang jahat? Ini cuma alasan klise yang tidak masuk akal sama sekali.

Sekiranya ini alasannya, Merak Jalanan nasihatkan mereka yang terlibat, jangan buang masa, cari sahajalah orang yang lain.

Satu lagi contoh alasan pelik ialah 'terlalu kuat bekerja atau belajar'. Ini lucu tapi memang benar ada berlaku. Takkanlah dalam tempoh 24 jam sehari, tidak boleh luangkan masa sejam atau dua menghubungi pasangan atau keluar dating.

Artikel Berkaitan:

Pada pendapat Merak Jalanan, mungkin ini alasan putus cinta yang paling menyakitkan hati. Memanglah perlu rajin bekerja atau belajar untuk meraih rezeki atau kejayaan, namun sesibuk manapun, hati pasangan wajib dijaga.

Pesan Merak Jalanan satu sahaja, kenali gerak bahasa tubuh pasangan anda lebih awal supaya tidak kecewa kemudian hari.