Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Covid-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron

Kes jangkitan harian Covid-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron. - Foto fail Reuters
Kes jangkitan harian Covid-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron. - Foto fail Reuters
A
A
A

SYDNEY - Kes jangkitan harian Covid-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.

New South Wales (NSW) merekodkan 30,402 kes baharu pada Rabu, berbanding 10,689 kes pada Selasa.

Negeri itu juga mencatat lima kematian sementara 1,016 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 36 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Menurut Kementerian Kesihatan, peningkatan jumlah kes baharu itu disebabkan isu pemprosesan data.

Selain itu, kementerian turut memberi amaran agar bersiap sedia menghadapi gelombang baharu Covid-19, dengan kemungkinan peningkatan kes dua kali ganda pada pertengahan April.

Victoria turut mencatatkan angka tertinggi selama lima minggu berturut-turut, dengan 9,426 kes direkodkan pada Rabu, meningkat daripada 7,460 sehari sebelumnya.

Pengerusi Biostatistik dan Epidemiologi di Universiti Australia Selatan, Adrian Esterman berkata, kajian awal menunjukkan subvarian Omicron BA.2 mempunyai kadar kebolehjangkitan 40 peratus berbanding varian sebelum ini.

Persatuan Perubatan Australia (AMA) menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk meningkatkan sistem kesihatan bagi menghadapi gelombang Covid seterusnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: