X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS hari ini disokong oleh harga minyak mentah lebih lebih tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Rusia dan Ukraine. Foto hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding Dolar AS hari ini disokong oleh harga minyak mentah lebih lebih tinggi dalam persekitaran ketegangan antara Rusia dan Ukraine yang memberi petunjuk ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran mata wang asing.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1965/1995 berbanding dolar AS daripada 4.2050/2085 sewaktu ditutup pada Selasa.

Seorang peniaga berkata perkembangan di peringkat tempatan juga telah membantu menaikkan nilai mata wang tempatan berbanding dolar AS dan beberapa mata wang pasaran sedang pesat membangun.

Kerajaan hari ini mengumumkan pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000 bagi membantu meringankan beban rakyat yang masih terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, seorang peniaga lain berkata unjuran bahawa Rizab Persekutuan Ameria Syarikat (Fed) merancang untuk menaikkan kadar faedah kepada 0.5 peratus berpotensi untuk meningkatkan dolar AS berbanding ringgit dalam jangka pendek hingga sederhana.

Namun, pasaran mungkin telah menetapkan harga sepenuhnya dalam kenaikan kadar faedah apabila pengumuman itu dibuat,” kata peniaga itu.

Fed dijangka menaikkan kadar pinjamannya, kali pertama sejak tahun 2018 kerana ia bergelut dengan inflasi AS yang melambung tinggi kesan daripada perang di Ukraine dan krisis koronavirus yang berterusan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding dolar Singapura apabila merosot kepada 3.0823/0847 daripada 3.0774/0802 ketika ditutup pada Isnin.

Mata wang tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.5461/5487 daripada 3.5642/5674 semalam, naik berbanding pound Britain kepada 5.4790/4829 daripada 5.4833/4879 dan mengukuh berbanding dolar euro kepada 4.6111/6144 daripada 4.6263/6302 sebelumnya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!