Sultan Selangor ucapan takziah kepada keluarga Haziq

Sultan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa serangan di Christchurch dalam laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office, hari ini. - Foto Selangor Royal Office
Sultan Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa serangan di Christchurch dalam laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office, hari ini. - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17, yang disahkan antara 50 orang terkorban dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas serangan berdarah yang turut menyebabkan tiga rakyat Malaysia cedera.

"Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Haziq. Semoga keluarga Allahyarham sabar dan redha dengan dugaan ini. Beta doakan semua mangsa yang terjejas dengan tragedi ini akan kembali pulih dan sembuh seperti sediakala.

“Beta berharap tragedi seumpama ini tidak akan berulang lagi dan semoga semua umat Islam di seluruh dunia terus tabah dan bersatu hati,” titah baginda dalam kenyataan rasmi di laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini.

Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan Muhammad Haziq, 17, terkorban dalam serangan itu, manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib serta dua lagi rakyat Malaysia, Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad mengalami kecederaan dan menerima rawatan.

Artikel Berkaitan: