X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

'Syukur pada ALLAH SWT membuka hati PM'

Pengumuman oleh KWSP di laman Facebook miliknya pada petang Rabu.
A
A

SHAH ALAM - Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 disambut baik oleh warganet yang telah menunggu sejak sekian lama.

Tinjauan Sinar Harian di laman Facebook rasmi KWSP mendapati rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai komen susulan pengumuman berkenaan.

Pemilik akaun Facebook bernama Zaidi Zeex bersyukur kerana doanya dimakbulkan ALLAH SWT.

“Alhamdulillah... syukur pada ALLAH SWT membuka hati PM (Perdana Menteri) dan para menteri untuk menyelami hati rakyat. Semoga dengan kemudahan ini dapat membantu mengurangkan beban dan masalah semua. Moga kita semua dirahmati dan diberkati olehnya,” komennya.

Begitu juga dengan pengguna dikenali Hajjah Rokiah meluahkan rasa gembira selepas mendengar pengumuman kerajaan itu sekali gus membantunya menyelesaikan beberapa masalah.

“Harap permudahkan. Buat macam sebelum ni semua pencarum dapat. Situasi tertekan bukan sebab banjir, banyak lagi pencarum hadap masalah lain. Lain orang lain masalah. Masa depan yang cerah bermula hari ini,” tulisnya.

“Kami setia menunggu, tolong jangan buat bersyarat tak masuk akal, mohon sistem sama macam i-citra itu lagi senang. Semua pencarum yang ada simpanan KWSP layak memohon,” komen Mohd Hanfiah pula.

Ada juga dalam kalangan warganet berharap wang KWSP itu nanti boleh digunakan untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak.

“Moga dipercepatkanlah, boleh selesaikan yang mana hutang tertunggak dan beli baju sekolah anak-anak,” komen Ijal.

Sementara itu, KWSP memaklumkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran khas ini akan dibuat menerusi laman web rasmi KWSP dalam masa terdekat.

Kerajaan pada Rabu bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!