Pas ucap tahniah kepada Onn Hafiz

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik selaku Menteri Besar Johor ke-19.

Ketua Penerangan Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya mendoakan agar Onn Hafiz dapat menerajui negeri ke tahap yang lebih tinggi.

"Selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah untuk memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terpelihara.

"Semoga ALLAH SWT memberi kebijaksanaan kepada Onn Hafiz untuk mengemudi Johor Darul Takzim ke tahap yang lebih tinggi. Selamat bekerja untuk rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor pada petang Selasa.

Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Beliau yang merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

Artikel Berkaitan: