[VIDEO] Onn Hafiz mulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Johor

Onn Hafiz (kanan) bersama Azmi ketika menandatangani perakuan memulakan tugas di Pejabat Menteri Besar Johor, Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini, pada Rabu.
Onn Hafiz (kanan) bersama Azmi ketika menandatangani perakuan memulakan tugas di Pejabat Menteri Besar Johor, Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini, pada Rabu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di sini pada Rabu.

Onn Hafiz yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam tiba di Bangunan Dato Jaafar Muhammad di sini, pada jam 10 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.

Upacara ringkas kemudian dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Beliau kemudian menandatangani perakuan memulakan tugas rasminya di pejabat Menteri Besar.

Pada Selasa, cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar itu dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene kira-kira jam 3 petang.

Sebelum ini, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu, Onn Hafiz berjaya memenangi kerusi DUN Machap dengan majoriti 6,543 undi.

Artikel Berkaitan:

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.