37 senjata api diserahkan secara sukarela

Jacinda Ardern
Jacinda Ardern
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Beberapa individu di New Zealand telah mula menyerahkan senjata api milik mereka secara sukarela kepada polis tempatan sejak Selasa lalu susulan insiden serangan berdarah ke atas masjid di Christchurch pada minggu lalu.

Menurut polis, kira-kira 37 senjata api telah diserahkan kepada pihak berkuasa di seluruh negara.

Langkah itu dibuat selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern menggalakkan pemilik senjata api untuk berbuat demikian.

"Sudah tiba masa untuk bertindak bagi memastikan komuniti di negara ini selamat. Anda boleh menyerahkan senjata api kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa," katanya pada Isnin lalu.

Ardern turut memberi jaminan perubahan undang-undang senjata api juga tidak akan memberi kesan kepada mereka.

Menurut Small Arms Survey 2017, dianggarkan, 1.2 juta senjata api didaftarkan yang mana satu senjata api dimiliki setiap empat individu di negara itu. - buzzfeednews

Artikel Berkaitan: