Covid-19: Wanita warga emas meninggal dunia di rumah di Labuan

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - Seorang warga emas wanita berusia dalam lingkungan 80an dan menghidap penyakit kronik meninggal dunia di rumahnya pada Ahad (13 Mac) lepas akibat Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kematian tersebut adalah kes pertama (kematian akibat Covid-19) yang dilaporkan selepas beberapa bulan.

"Warga emas berkenaan mempunyai penyakit kronik dan tinggal serumah bersama individu-individu yang positif Covid-19. Dia tidak menerima suntikan dos penggalak,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan jumlah BID di pulau ini kepada 43 kes setakat 14 Mac.-Bernama

Artikel Berkaitan: