Safiq mahu berikan sepenuh jiwa untuk Harimau Malaya

Safiq Rahim - Foto Bernama
Safiq Rahim - Foto Bernama
A
A
A

BEKAS kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim menegaskan tidak memikirkan untuk mengetuai skuad kebangsaan itu apabila dipanggil semula bagi mengharungi perlawanan antarabangsa.

Sebaliknya tonggak berpengaruh dan berpengalaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyifatkan kehadirannya bersama skuad Harimau Malaya adalah atas dasar tanggungjawab.

Malah Safiq juga menyifatkan dalam kalangan pemain Harimau Malaya lain juga mempunyai keupayaan untuk menjadi jeneral padang skuad kendalian Kim Pan-gon tersebut.

"Status kapten tidak penting bagi saya sebenarnya, seperti saya beritahu sebelum ini yang penting berikan yang terbaik untuk pasukan negara.

“Malah sesiapa sahaja yang diberikan tanggungjawab menjadi kapten, berikanlah yang terbaik kerana setiap pemain memiliki kelebihan masing-masing dan paling penting semua ada tanggungjawab kerana kita bekerja sebagai satu pasukan.

“Masing-masing tahu apa yang perlu dilakukan dan tujuan apabila dipanggil menggalas cabaran pasukan negara. Kita semua ada tanggungjawab yang besar untuk pasukan negara,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya hari kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa.

Anak buah Pan-gon dalam persiapan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa di Singapura bermula 23 Mac ini.
Anak buah Pan-gon dalam persiapan menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa di Singapura bermula 23 Mac ini.

Anak buah Pan-gon kini dalam persiapan untuk menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa di Singapura menentang Filipina pada 23 Mac ini sebelum berdepan Singapura 26 Mac.

Artikel Berkaitan:

Harimau Malaya selepas itu dijadual menentang kelab Albirex Niigata dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 28 Mac

Untuk rekod aksi persahabatan tersebut adalah sebagai persediaan menjelang Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.