Bunuh pesara polis, penganggur terlepas hukuman mati

Seorang penganggur terlepas daripada hukuman gantung di atas pertuduhan membunuh pesara polis, empat tahun lalu. - Gambar hiasan
Seorang penganggur terlepas daripada hukuman gantung di atas pertuduhan membunuh pesara polis, empat tahun lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penganggur terlepas daripada hukuman gantung di atas pertuduhan membunuh pesara polis, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rozani Yahaya, 43, didapati gila semasa kejadian dan kelihatan tenang semasa keputusan mahkamah dibaca terhadapnya, pada Selasa.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang berusia 69 tahun ketika kejadian di tepi sebuah rumah di Kampung Apa-Apa Bunut Susu, Pasir Mas pada jam 12 tengah hari, 25 Januari 2018.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab, manakala tertuduh diwakili peguam Zameri Mat Nawang.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika membacakan penghakiman di akhir pembelaan berkata, berdasarkan kepada keterangan pakar perubatan, tertuduh didapati tidak siuman ketika kejadian tersebut berlaku.

"Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana dia didapati gila ketika kejadian tersebut berlaku.

"Mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V," katanya.

Artikel Berkaitan: