700 penduduk solat sunat Istisqa

Penduduk menangis memohon doa kepada Allah supaya diturunkan hujan kerana sudah terlalu lama penduduk di sini menghadapi musim kemarau.
A
A

PEKAN - [DIKEMASKINI] Seramai 700 penduduk Felda Gugusan Chini menunaikan solat sunat Istisqa di Padang Awam Felda Chini 4 untuk memohon hujan berikutan cuaca panas dan air sungai menyusut di Felda tersebut.

Solat sunat dua rakaat bermula 8.15 pagi itu diketuai Imam Besar Masjid Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), T1,T2, Abdul Haris Abdul Karim.

Penduduk Felda Chini 1 sehingga 5 dan Felda Chini Timur 1 sehingga Timur 3 yang terkesan dengan cuaca panas melampau akibat cuaca terik melanda negeri ini sejak bulan lalu antara yang melaksanakan ibadah sunat berkenaan.

Abdul Haris berkata, penduduk dari lapan Felda tersebut bersepakat mengadakan solat untuk memohon hujan berikutan musim kemarau berpanjangan menjejaskan kualiti kehidupan harian mereka.

Menurutnya, air Sungai Pahang yang cetek berikutan cuaca panas berpanjangan menyebabkan kebanyakan rumah penduduk di Felda Gugusan Chini.

Seramai 700 penduduk Felda Gugusan Chini menunaikan solat sunat Istisqa di Padang Awam Felda Chini 4 memohon hujan berikutan cuaca panas dan air sungai menyusut di Felda tersebut di Padang Awam Felda Chini 4, hari ini.

"Solat sunat Istisqa ini adalah sunat muakkad atau sunat yang dituntut apabila berlakunya kemarau panjang. Kita bersyukur kerana apa yang kita rancang dapat menarik ramai penduduk untuk datang.

“Solat sunat ini adalah usaha penduduk memohon rahmat ALLAH supaya musim kemarau panjang segera tamat dan hujan kembali membasahkan bumi,” katanya ketika ditemui di sini,hari ini.

Abdul Harris berkata, walaupun program itu baru sahaja dirancang empat hari lalu namun ia berjaya menarik minat ramai penduduk hadir yang mengharapkan hujan.

"Nabi Mohamad SAW juga pernah menunaikan solat sunat ini untuk meminta hujan semasa berlakunya kemarau.

“Ini adalah usaha kita sebagai hamba, memohon kepada ALLAH SWT supaya meringankan dugaan kemarau panjang,” katanya.

Seramai 700 penduduk Felda Gugusan Chini menunaikan solat sunat Istisqa di Padang Awam Felda Chini 4 memohon hujan berikutan cuaca panas dan air sungai menyusut di Felda tersebut di Padang Awam Felda Chini 4, hari ini.
Seramai 700 penduduk Felda Gugusan Chini menunaikan solat sunat Istisqa di Padang Awam Felda Chini 4 memohon hujan berikutan cuaca panas dan air sungai menyusut di Felda tersebut di Padang Awam Felda Chini 4, hari ini.

Dalam pada itu, penduduk Felda Chini 2, Hashim Awang Nong, 69, berkata, solat sunat itu adalah jalan memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan berikutan cuaca panas melanda negara ketika ini.

Menurutnya, musim kemarau kali ini lebih buruk berbanding tahun 2015 yang mana paras air Sungai Pahang sangat cetek.

"Usaha ini juga kita pernah lakukan berikutan musim kemarau pada 2015, selain namun penduduk tidak mengalami ketiadaan air seperti tahun ini.

"Kalau dahulu (2015) hanya penduduk belah atas bukit saja tiada air tetapi tahun ini siapa duduk di atas bukit dah tiada air nak dekat sebulan dan kami yang duduk di bahagian bawah masih kena catuan air pada siang hari," katanya.

Sementara itu, Hadali Hashim, 65, yang menetap di Felda Chini 3 berkata, dia gembira apabila mendapat tahu pihak masjid ingin mengadakan solat sunat untuk memohon hujan.

"Jadi inisiatif yang dilakukan jawatankuasa Masjid Felda Gugusan Chini untuk memohon hujan ini wajar dipuji,” katanya.