Tiga penjawat awam direman kes rasuah

Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50 dan 46 tahun, direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan memperoleh wang suapan RM182,060 pada Selasa.
Seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50 dan 46 tahun, direman empat hari bagi membantu siasatan kes meminta dan memperoleh wang suapan RM182,060 pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret di sini pada Selasa membenarkan permohonan reman ke atas tiga penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan memperoleh suapan berjumlah RM195,060.

Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali memerintahkan kesemua mereka direman selama empat hari bermula Selasa selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua daripada suspek iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50 dan 46 tahun, direman bagi kes meminta, memperoleh wang suapan RM182,060 membabitkan kerja-kerja menaik taraf, menyelenggara bangunan sekolah rendah agama di Kuala Selangor dan Petaling, di sini dua tahun lalu.

Seorang lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berhubung kes menerima wang suapan RM13,000 daripada seorang individu pada Selasa.
Seorang lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berhubung kes menerima wang suapan RM13,000 daripada seorang individu pada Selasa.

Sementara itu, seorang lagi lelaki, berusia 30-an disiasat berhubung kes menerima wang suapan RM13,000 daripada seorang individu dipercayai sebagai balasan supaya tidak meneruskan siasatan dan melepaskan individu tersebut, yang ditahan atas satu kesalahan jenayah pada Jun 2020.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan seorang penjawat awam kerana dipercayai menerima wang suapan daripada seorang individu.

Artikel Berkaitan: