Pusat hiburan berselindung di sebalik premis latihan nyanyian terbongkar

Antara individu yang dikompaun dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Kepong pada Isnin.
Antara individu yang dikompaun dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Kepong pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan sebuah pusat hiburan di Taman Kepong di sini yang menawarkan khidmat wanita pelayan pelanggan (GRO) dengan berselindung di sebalik premis latihan nyanyian terbongkar dalam serbuan pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menahan seorang lelaki yang juga pengurus premis berkenaan berusia 60 tahun dan seorang wanita warga Vietnam disyaki GRO berusia 36 tahun dalam serbuan pada jam 7.30 malam

"Hasil pemeriksaan, seramai 26 individu termasuk lapan wanita dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (PPN) 2021.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Habibi turut menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19.

"Operasi sebegini akan terus dipertingkatkan lagi dari masa ke masa dalam usaha mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat," ujarnya.

Artikel Berkaitan: