Malaysia perkukuh hubungan dua hala dengan Mesir

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menjalin kerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri dalam catatan di akaun Facebook beliau pada Isnin menyatakan komitmen Malaysia itu ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry di pejabatnya pada Isnin.

"Saya bersyukur Malaysia dan Mesir bersetuju mengaktifkan semula mekanisme hubungan dua hala dan menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi secara kerap selepas dilanda pandemik Covid-19,” katanya.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih Malaysia kepada Mesir kerana memberikan vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Katanya, sejumlah 2,930 daripada 7,145 pelajar Malaysia di Mesir telah divaksin.

Catatan Facebook itu turut memaparkan video kunjungan hormat serta pertemuan Ismail Sabri dan Sameh. - Bernama

Artikel Berkaitan: