[VIDEO] Kereta terbakar milik penyeludup

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kejadian sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin membongkar kegiatan penyeludupan bahan api ke negara jiran.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, siasatan di dalam kereta yang terbakar mendapati terdapat tong plastik dipercayai digunakan untuk mengisi minyak dan bertujuan untuk diseludup ke Thailand.

“Keterangan awal saksi di tempat kejadian memberitahu dia melihat api menyala dari bahagian bawah kereta semasa seorang lelaki juga pemandu kereta itu sedang mengisi minyak di salah sebuah pam.

“Api kemudian merebak ke bahagian belakang kereta dan lelaki tersebut terus melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati tidak ada unsur khianat yang menyebabkan kebakaran tersebut sebaliknya dipercayai berpunca daripada kegiatan penyeludupan bahan api berdasarkan penemuan tong plastik yang terbakar di dalam kereta.

“Semakan rekod pendaftaran kereta melalui MySikap mendapati didaftarkan atas nama seorang individu di Tumpat yang bukan pemandu kereta itu.

“Hasil risikan lanjut, identiti pemandu lelaki tersebut sudah dikenalpasti berusia 35 tahun dan beralamat di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang,” katanya.

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: