Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini selepas dolar terus mengukuh dan sentimen pelabur mula dirangsang oleh perlindungan risiko pada hujung minggu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini selepas dolar terus mengukuh dan sentimen pelabur mula dirangsang oleh perlindungan risiko pada hujung minggu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini selepas dolar terus mengukuh dan sentimen pelabur mula dirangsang oleh perlindungan risiko pada hujung minggu, menurut seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.2050/ 2075 berbanding dolar AS daripada 4.1940/1975 yang direkodkan pada Jumaat lepas.

Penganalisis Pasaran Kanan Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley berkata perbezaan dasar monetari mula memberi kesan selanjutnya ke atas mata wang Asia dengan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijangka mengumumkan keputusan kadar faedah terkini dalam minggu ini berdasarkan unjuran ke hadapan yang lebih kukuh.

"Pemulihan pesat dolar AS berterusan apabila para pelabur beralih kepada dasar FOMC yang lebih mantap serta keluk hasil AS tidak berubah.

"Mata wang Asia berada di bawah tekanan hari ini dan bergerak ke depan, tekanan tersebut akan bertambah selepas bank-bank pusat Asia enggan menjejaki langkah Rizab Persekutuan,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali bagi yen Jepun, yang mana ia menokok kepada 3.5666/5690 daripada 3.5858/5891 pada penutup semasa Jumaat sebelum ini.

Mata wang tempatan itu juga lebih lemah berbanding pound British pada 5.4846/4878 daripada 5.4828/ 4874, turun ke 4.6184/6211 berbanding euro daripada 4.5991/6030 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0815/0838 daripada 3.0802/0832. - Bernama

Artikel Berkaitan: