Syarikat hartanah tubuh pusat jagaan kanak-kanak percuma

Dua syarikat hartanah bekerjasama mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak percuma pertama di daerah ini bagi membantu golongan ibu dan bapa tunggal.
Dua syarikat hartanah bekerjasama mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak percuma pertama di daerah ini bagi membantu golongan ibu dan bapa tunggal.
A
A
A

DENGKIL - Prihatin dengan nasib ibu tunggal yang tidak dapat keluar bekerja kerana terbeban kos pengasuh, dua syarikat hartanah mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak percuma pertama di daerah ini bagi membantu golongan tersebut.

Inisiatif itu mendapat kerjasama Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng yang turut dikenali sebagai Uncle Kentang.

Ketua Pegawai Eksekutif GPLEX Reality Sdn Bhd, Jimmy Chao berkata, penubuhan Pusat Jagaan Angel’s Home dilaksana selepas melihat keperluannya dalam masyarakat.

Menurutnya, kos bulanan pusat menawarkan khidmat jagaan kepada kira-kira 20 kanak-kanak itu ditanggung pihaknya dan juga kakitangan syarikat yang menyumbang sebanyak dua peratus daripada gaji mereka bagi tujuan kebajikan.

Katanya, persediaan kelengkapan dalam rumah teres dua tingkat termasuk televisyen, kabinet dapur, katil di setiap bilik tidur dan barang mainan disediakan penaja, sukarelawan dan ahli Persatuan Kebajikan Gplex.

Persediaan kelengkapan dalam rumah teres dua tingkat termasuk katil di setiap bilik tidur disediakan penaja, sukarelawan dan ahli Persatuan Kebajikan Gplex.
Persediaan kelengkapan dalam rumah teres dua tingkat termasuk katil di setiap bilik tidur disediakan penaja, sukarelawan dan ahli Persatuan Kebajikan Gplex.

“Kita dapati ada banyak rumah anak yatim dan pusat kebajikan diwujudkan tapi tak ada rumah spesifik untuk bantu ibu dan bapa tunggal yang hadapi masalah tak ada siapa nak jaga anak mereka bila keluar bekerja.

“Rumah ini akan jadi pusat jagaan kepada anak-anak golongan itu dan juga kepada mereka yang tak mampu tanggung kos pengasuh.

Artikel Berkaitan:

“Had umur kanak-kanak yang boleh tinggal di sini adalah dari tiga tahun hingga 12 tahun,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pusat Jagaan Angel’s Home di Jalan Putra Impiana 12, Taman Putra Impiana, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Googolplex Holdings Berhad, Christopher Liang.

Beliau berkata, setiap permohonan untuk meletakkan kanak-kanak di situ akan diselidik ahli jawatankuasa persatuan dan sukarelawan bagi memastikan mereka yang layak menikmati manfaat percuma ditawar.

Antara kelengkapan dalam Pusat Jagaan Angel’s Home.
Antara kelengkapan dalam Pusat Jagaan Angel’s Home.

“Ahli jawatankuasa akan pergi ke rumah mereka dan selidik dulu latar belakang ibu atau bapa tunggal supaya dapat pastikan hanya yang benar-benar layak nikmati inisiatif ini.

“Khidmat jagaan kanak-kanak ini dibantu oleh dua kakitangan dan ditawar dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Jimmy berkata, sekiranya operasi pusat jagaan tersebut berjalan lancar, pihaknya menyasarkan akan membuka satu lagi pusat jagaan di tempat lain bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Sementara itu Chee Heng yang juga penasihat rumah asuhan berkenaan berkata, pusat jagaan itu terbuka untuk kanak-kanak tidak kira kaum dan agama.

Menurutnya, bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jagaan kepada anak-anak kepada ibu bapa tunggal yang keluar bekerja, ia juga terbuka kepada golongan yang perlu mendapatkan rawatan di hospital akibat sakit kronik dihidapi.

Majlis Pelancaran Pusat Jagaan Angel’s Home di Jalan Putra Impiana 12, Taman Putra Impiana, di sini, semalam.
Majlis Pelancaran Pusat Jagaan Angel’s Home di Jalan Putra Impiana 12, Taman Putra Impiana, di sini, semalam.

“Kadang-kadang ibu atau bapa tunggal ini perlu jalani rawatan di hospital tapi tak pergi kerana tak ada orang jaga anak mereka, jadi mereka ini boleh letak anak di sini.

“Yang istimewanya kita sendiri akan ambil anak-anak mereka di rumah hantar ke pusat jagaan dan hantar kembali ke rumah bila mereka selesai bertemu doktor atau sudah balik dari kerja.

“Saya berterima kasih kepada sektor korporat yang wujudkan inisiatif ini,” katanya.

#dengkil Syarikat hartanah tubuh pusat jagaan kanak-kanak percuma Laporan MOJO: NUR FARHANA ABDUL MANAN Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/19282/EDISI/Selangor-KL/Syarikat-hartanah-tubuh-pusat-jagaan-kanak-kanak-percuma

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, April 9, 2019