Tiga maut, dua cedera parah terlibat nahas

Keadaan salah sebuah kenderaan terlibat nahas hingga tiga tiga mangsa maut dan dua parah di Kilometer 30, Jalan Sandakan Lahad Datu, pada Isnin.
Keadaan salah sebuah kenderaan terlibat nahas hingga tiga tiga mangsa maut dan dua parah di Kilometer 30, Jalan Sandakan Lahad Datu, pada Isnin.
A
A
A

LAHAD DATU - Tiga maut manakala dua individu cedera parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 30, Jalan Sandakan Lahad Datu, pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, dua mangsa cedera parah ialah Abdulllah Mustapha, 50, dan Nurwasa Izzyani Samsudin, 16, manakala tiga mangsa yang meninggal dunia belum diketahui identiti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.04 pagi.

"Kemalangan melibatkan kenderaan jenis Land Cruiser yang terdapat seorang mangsa di dalamnya dan empat lagi mangsa dalam kenderaan jenis Perodua Bezza," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Sumsoa, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, seramai tujuh anggota ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 30 kilometer iaitu hampir sejam perjalanan dari BBP Lahad Datu.

Artikel Berkaitan: