'Hak BN nak fail petisyen, saya tunggu arahan'

Sen Sern
Sen Sern
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern sedia memberi kerjasama kepada Barisan Nasional (BN) yang akan mengemukakan petisyen di mahkamah berhubung kemenangannya dalam Pilihan Raya Johor (PRN Johor), pada Sabtu.

Sen Sern berkata, BN berhak mengemukakan petisyen tersebut di mahkamah memandangkan Malaysia mengamalkan demokrasi walaupun kemenangannya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sudah diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya tunggu arahan daripada pihak SPR dan mahkamah serta sudah membuat persiapan dengan menyediakan semua dokumen bersama peguam," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) Johor di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang di Taman Maju Jaya di sini, pada Isnin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng; ADUN Perling, Liew Chin Tong; ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya

Abd Aziz; ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung dan ADUN Senai, Wong Bor Yang.

Pada Ahad, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, BN akan mengemukakan petisyen pilihan raya selepas Sen Sern berjaya

memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 137 undi menewaskan calon BN daripada MIC, S Suppayah yang memperoleh 9,302 undi.

Vigneswaran berkata, petisyen berkenaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi selepas pihaknya dimaklumkan terdapat lebih 600 kertas undi rosak.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Sen Sern berkata, beliau akan menyelesaikan masalah Jalan Bukit 24, Kulai kerana sudah berlarutan terlalu lama dengan membawa isu berkenaan ke dalam sidang DUN Johor.