Lawatan Abe saksikan transformasi sektor automatif Malaysia

Abe (kanan) diberi penerangan sempena lawatan ke kilang UMW Toyota Motor di Bukit Raja, pada Sabtu lalu.
Abe (kanan) diberi penerangan sempena lawatan ke kilang UMW Toyota Motor di Bukit Raja, pada Sabtu lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kunjungan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke Malaysia pada 12 Mac lalu dapat menyaksikan transformasi sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti lebih mampan.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, kehadiran Abe bersama delegasinya ke kilang pembuatan UMW Toyota Motor di Bukit Raja pada Sabtu menyaksikan transformasi tersebut melalui pengenalan Teknologi Elektrik Hibrid Toyota.

”Lawatan Abe sangat berharga kepada kami dan tepat pada masanya kerana beliau dapat menyaksikan sendiri transformasi menarik sektor automotif Malaysia ke arah mobiliti mampan melalui pengenalan Teknologi Elektrik Hibrid Toyota, yang merupakan langkah penting untuk memacu Malaysia dengan pantas ke arah matlamat ‘neutraliti karbon’.

“Bersama rakan kongsi di Malaysia dan Syarikat Kumpulan Toyota, kami akan terus mengambil peranan kepimpinan untuk menyumbang kepada pembangunan automotif Malaysia dan membangunkan sumber manusia serta alam sekitar ke arah memupuk masyarakat mampan,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Ravindran, UMW Toyota Motor menerima banyak usaha bersepadu untuk mengurangkan jejak karbon bagi menyokong kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara progresif yang menggalakkan penggunaan teknologi hijau serta kelestarian alam sekitar.

“Pada Januari tahun ini, pembuat kereta melancarkan Corolla Cross Hybrid, kereta elektrik hibrib buatan tempatan pertama, UMW Toyota dengan platform ‘Toyota New Global Architecture’ (TNGA).

“Ini selaras dengan komitmen Toyota Motor Corporation (TMC) untuk menyampaikan ‘mobiliti untuk semua' dan menghasilkan ‘kebahagiaan untuk semua’ ke arah mewujudkan ‘masyarakat bersih, selamat dan terjamin’.

“UMW Toyota Motor Bukit Raja berada pada kedudukan yang baik di barisan hadapan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab automotif dalam Kenderaan Cekap Tenaga (EEV),” kata beliau dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Abe ke Malaysia sebagai utusan khas Perdana Menteri Fumio Kishida sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Jepun serta ulang tahun ke-40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’.