Kereta terbakar ketika isi minyak

Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba memadamkan kebakaran kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar di sebuah stesen minyak di Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba
A
A
A
RANTAU PANJANG - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil tiba-tiba terbakar ketika sedang diisi minyak di sebuah stesen minyak di sini pada pagi Isnin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.

Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.

Kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang turut memusnahkan sebuah pam minyak di stesen minyak di Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba
Kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang turut memusnahkan sebuah pam minyak di stesen minyak di Rantau Panjang. - Foto ihsan bomba

“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.

“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)