Seorang pemilik akaun Twitter 'diganggu' ketika bermalam di sebuah apartmen

No Image Caption
A
A
A

TIADA siapa yang mahu diganggu makhluk halus.

Namun acapkali kita dengar gangguan seperti ini berlaku kepada orang di sekeliling.

Apa pun, kita perlu menerima hakikat bahawa kita berkongsi tempat dengan makhluk selain daripada manusia.

Sebagai umat Islam, kita diwajibkan beriman dengan perkara ghaib.

Apa yang perlu dilakukan apabila diganggu makhluk halus?

Pendakwah bebas, Dai Wan Dazrin Wan Din berkongsi tip apabila berdepan dengan situasi tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya tengah malam tadi, Dai Wan Dazrin menjelaskan, apabila diganggu makhluk halus, ambillah wuduk, niat untuk menghalau makhluk halus serta membaca surah al-Baqarah sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

Ciapan Dai Wan Dazrin di Twitter miliknya.
Ciapan Dai Wan Dazrin di Twitter miliknya.

"Bacaan al-Quran itu perlu dibaca kalian sendiri, bukan MP3 (pemain muzik digital) atau guna HP (telefon pintar) masing-masing.

"Keberkesanan akan berkurang kalau bacaan itu tidak disertakan dengan niat dan amalan sendiri," ujarnya.

Dalam pada itu, Dai Wan Dazrin turut mengingatkan masyarakat jangan mudah takut apabila diganggu atau berkata 'celaka syaitan menakutkan aku'.

Kenapa beliau menganjurkan begitu? Jawab Dai Wan Dazrin: "Mereka (makhluk halus dan syaitan) akan semakin bongkak sebab berjaya menakutkan kalian.

"(Sebaiknya) Baca lafaz Ta'awuz dan 'Bismillah'. Jadikan itu zikir, kembali pada ALLAH Tuhan yang lebih berhak ditakuti dan disembah," pesan beliau.

Perkongsian itu dibuat Dai Wan Dazrin susulan ciapan seorang pemilik akaun Twitter yang 'diganggu' ketika bermalam di sebuah apartmen di tempat pelancongan terkenal di negara ini.