Sila log masuk terlebih dahulu.

Muhyiddin perlu kekal sebagai Pengerusi PN: Mohd Solihan

Tan Sri Muhyiddin Yassin -Foto Bernama
Tan Sri Muhyiddin Yassin -Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipertahankan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menerajui kepemimpinan gabungan itu termasuk di Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PN Johor, Mohd Solihan Badri berkata, cabaran lebih besar menanti pada PRU15.

"Penerangan PN Johor mahu menegaskan, kepemimpinan Muhyiddin juga masih diperlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerajui kepemimpinan PN sebagai gagasan memperjuangkan sebuah kerajaan berintegriti, cekap mentadbir urus dan prihatin rakyat bersama parti komponen iaitu Pas serta Parti Gerakan Malaysia (Gerakan).

"Kami tahu, ada pihak menggunakan sentimen kekalahan calon-calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelmarin untuk mengadu domba bahawa punca utama konon disebabkan kesilapan pendekatan mahupun strategi Muhyiddin," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Mohd Solihan, barisan kepemimpinan PN serta jentera pilihan raya parti telah melakukan yang terbaik untuk memenangi pilihan raya berkenaan tetapi banyak faktor lain menyumbang kepada kekalahan tersebut.

Tambahnya, kekalahan PN bukan pengakhiran kepada segala-galanya sebaliknya membakar semangat dan iltizam parti untuk meneruskan perjuangan agenda pembaharuan landskap politik, tadbir urus negara berteraskan integriti serta mensejahterakan rakyat.

Pada PRN pada Sabtu, Mohd Solihan yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir tewas dalam pertembungan empat penjuru menentang Sahrihan Jani (Barisan Nasional); Na'im Jusri (Pakatan Harapan) dan Suraya Sulaiman (Parti Pejuang Tanah Air).

Artikel Berkaitan: