Covid-19: 87 kematian baharu direkodkan

KKM melaporkan sebanyak 87 kematian baharu akibat Covid-19. Foto hiasan
KKM melaporkan sebanyak 87 kematian baharu akibat Covid-19. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 87 kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut, 25 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 33,807 orang daripada lebih 3.7 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 320,876 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 309,214 individu dikuarantin di rumah manakala 2,574 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 8,704 kes dirawat di hospital dan 384 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan pesakit memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 222 kes manakala 162 lagi tidak memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: